HOME LIFESTYLE SHARE PROPERTY HOTNEWS ARTIST HEADNEWS SATELLITE PROJECT CARS OIL COMMODITY REPORTS PHOTOGRAPHER QUOTE LOVESTORY RECIPES KITCHEN MIXSALE PHONE GUFFAW SPIRITUAL FLICKS

TRANSLATE

Tuesday, August 26, 2014

PENGUMUMAN: PERANTI TERKINI DARI LG G3 STYLUS BERSAMA VIDEO PROMOSI


LG pada tahun ini telah memperkenalkan LG G3 yang mana merupakan telefon pintar flagship mereka, sebelum turut hadir dengan variasi bersaiz mini mereka yang dinamakan LG G3 Beat.

Terkini, melalui sebuah video promosi kreatif mereka dan IFA 2014 yang menjelang tiba, pihak LG secara rasminya telah pun mengumumkan peranti terbaru mereka yang mana turut hadir dengan sokongan stylus.

Peranti baru ini kelak dilihat akan dinamakan sebagai LG G3 Stylus, dan membawakan saiz skrin yang lebih besar berbanding kedua-dua yang sebelumnya.

LG G3 Stylus menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan qHD, cip pemprosesan empat-teras 1.3GHz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan terbina 8GB yang boleh diperluaskan dengan slot mikro-SD, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 1.3-megapixel.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak LG akan mengumumkannya secara rasmi.

Berkemungkinan kita akan dapat melihat ia diperkenalkan sekitar pengenalan Galaxy Note 4 oleh Samsung kelak.

Apa pun, satu yang pasti adalah dimana pihak LG seperti telah melupakan pasaran Malaysia untuk peranti mudah-alih mereka, dan tidak diketahui adakah mereka akan menawarkannya di Malaysia.

Sehingga kini, pelbagai peranti LG tidak dipasarkan di Malaysia, termasuk LG G2 dan G Flex yang diperkenalkan pada tahun lepas.


No comments:

Post a Comment