HOME LIFESTYLE SHARE PROPERTY HOTNEWS ARTIST HEADNEWS SATELLITE PROJECT CARS OIL COMMODITY REPORTS PHOTOGRAPHER QUOTE LOVESTORY RECIPES KITCHEN MIXSALE PHONE GUFFAW SPIRITUAL FLICKS

TRANSLATE

Friday, August 29, 2014

CASING ULTRASONIK GALAXY NOTE 4 BAGI GOLONGAN ISTIMEWA


SamMobile melaporkan bahawa Samsung sedang membangunkan casing ultrasonik untuk telefon pintar terbarunya, Galaxy Note 4 bagi membantu mereka yang mempunyai masalah penglihatan untuk bergerak.

Casing tersebut berfungsi dengan mengeluarkan gelombang ultrasonik (yang tidak dapat didengar manusia) untuk mengesan objek di hadapan pengguna dan memberi maklum balas kepada pengguna.

Prosedur penggunaan casing tersebut masih belum diterangkan secara terperinci tetapi mungkin casing ultrasonik ini seakan sama seperti casing ultrasonik yang dibangunkan untuk Galaxy Core Advance, peranti akan serta merta bergetar atau bunyi suara akan dikeluarkan bagi tujuan amaran.

Casing ultrasonik Galaxy Core Advance mempunyai serampang yang menonjol dari telefon pintar bersaiz 4.7 inci itu.

Jika difikirkan, tidak ramai pengguna yang ingin menambahkan aksesori sebegini pada telefon pintar Note 4 yang telahpun mencapai saiz 5.7 inci, dengan anggapan sarung ultrasonik baru itu mempunyai bentuk yang sama.

Bagi kami, ini sememangnya sangat bagus untuk golongan kurang upaya dan secara tidak langsung, casing peranti tersebut dapat meringankan beban pengguna yang istimewa ini.


No comments:

Post a Comment