HOME LIFESTYLE SHARE PROPERTY HOTNEWS ARTIST HEADNEWS SATELLITE PROJECT CARS OIL COMMODITY REPORTS PHOTOGRAPHER QUOTE LOVESTORY RECIPES KITCHEN MIXSALE PHONE GUFFAW SPIRITUAL FLICKS

TRANSLATE

Saturday, August 30, 2014

PENGUMUMAN: MEMPERKENALKAN TELEFON HTC 64-BIT ANDROID PERTAMA DI DUNIA


HTC, melalui laporan The Next Web mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan apa yang didakwa telefon pintar android pertama dunia yang dilengkapi pemproses octa core 64 bit di Berlin minggu hadapan.

Di bawah portfolio keluarga Desire mereka, iaitu HTC Desire 510. Peranti itu menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 410, sekaligus membawakan beberapa ciri-ciri menarik bersama-sama dengannya.

Melalui Snapdragon 410, ia menyertakan sokongan 32-bit dan juga 64-bit, di mana kelebihan utama pemprosesan 64-bit adalah keupayaan untuk menangani lebih daripada 4GB RAM yang terdapat pada peranti pintar biasa.

Ia turut menyertakan sokongan rangkaian LTE, dan hadir dengan sokongan Qualcomm Quick Charge.

Selain daripada itu, peranti berspesifikasi rendah daripada HTC ini turut menyertakan skrin bersaiz 4.7-inci dengan resolusi 480×854 pixel, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan sebesar 8GB, kamera belakang 5-megapixel, dan kamera hadapan VGA.

Pihak HTC turut sama hadir pada peranti ini adalah beberapa ciri-ciri khusus daripada Sense, termasuk sokongan BlinkFeed.

Harga jualannya tidak diumumkan lagi, dan peranti ini dijangka akan dipasarkan di rantau Eropah dan Asia tidak lama lagi.



No comments:

Post a Comment