HOME LIFESTYLE SHARE PROPERTY HOTNEWS ARTIST HEADNEWS SATELLITE PROJECT CARS OIL COMMODITY REPORTS PHOTOGRAPHER QUOTE LOVESTORY RECIPES KITCHEN MIXSALE PHONE GUFFAW SPIRITUAL FLICKS

TRANSLATE

Saturday, August 30, 2014

APPLE BAKAL MENGELUARKAN IPAD BERSAIZ 12.9 INCI


Mengikut laporan pihak Bloomberg, Apple dikatakan sedang bersedia untuk mengeluarkan iPad bersaiz besar iaitu bersaiz 12.9-inci dengan pengeluaran dijangka dimulakan pada suku pertama 2015 kelak.

Sekiranya ia benar, maka ia akan memperlihatkan Apple mempunyai sebanyak tiga saiz iPad berbeza dimana termasuk iPad biasa bersaiz 9.7-inci dan juga iPad Mini bersaiz 7.9-inci.

iPad bersaiz besar ini juga mungkin akan ditujukan kepada pengguna perusahaan, yang mana selari dengan kerjasama yang diumumkan dengan pihak IBM baru-baru ini.

Selain perusahaan, institusi pendidikan juga dijangka akan tertarik dengan tablet bersaiz besar ini.

Selain iPad bersaiz besar, Apple sebelum ini telah mengumumkan bahawa iPhone 6 dengan skrin bersaiz besar iaitu pada saiz 4.7-inci dan juga 5.5-inci seawal bulan September ini.

Nampaknya kebanyakan pengeluar-pengeluar peranti pintar kini bersaing dengan saiz setiap peranti mereka.

No comments:

Post a Comment