TAK lama dahulu tersebar khabar bahawa Samsung Galaxy S6 yang akan datang bakal dilengkapi dengan RAM berkapasiti 4GB, namun ketika itu tiada bukti kukuh menyokong dakwaan itu.
Kini, pihak Samsung sendiri secara tidak langsung telah mengesahkan perkara tersebut dengan mengumumkan pelancaran modul 4GB LPDDR4 mobile DRAM bagi peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet.
Modul LPDDR4 Samsung ini dilihat mampu mencatat prestasi dua kali ganda lebih pantas berbanding RAM DDR3 yang digunakan pada komputer masa kini.
Ia juga menyokong rakaman bagi memainkan semula video UHD di samping menyokong pengambilan gambar 20MP+ secara berterusan, menjadikan ia satu aset penting bagi pemilik telefon pintar kamera.
Sungguhpun prestasinya hebat, ia hanya menggunakan voltan sebanyak 1.1V, menjadikannya pilihan paling berkuasa rendah bagi telefon pintar dan tablet.
Ini bukan sahaja meningkatkan prestasi, malah mengurangkan penggunaan tenaga.
Dengan ini, kita boleh mengharapkan Samsung Galaxy S6, Note 5 dan lain-lain telefon pintar berspesifikasi tinggi yang akan dikeluarkan akan memiliki modul 4GB LPDDR4 ini..
No comments:
Post a Comment