HOME LIFESTYLE SHARE PROPERTY HOTNEWS ARTIST HEADNEWS SATELLITE PROJECT CARS OIL COMMODITY REPORTS PHOTOGRAPHER QUOTE LOVESTORY RECIPES KITCHEN MIXSALE PHONE GUFFAW SPIRITUAL FLICKS

TRANSLATE

Thursday, August 14, 2014

SPESIFIKASI GALAXY ALPHA MENGALAHKAN S5 DAN ONE M8


Jika sebelum ini hanya bahagian luaran dan spesifikasi terbaru Galaxy Alpha sahaja yang tertiris kepada umum.
Namun hari ini memetik laporan daripada GSM Arena, peranti premium terbaru daripada Samsung tersebut dilaporkan telah mengatasi Samsung Galaxy S5 dan HTC One M8 dari segi prestasi pemprosesan.

Sebuah imej yang tertiris menunjukkan peranti dengan kod SM-G859F, dipercayai Samsung Galaxy Alpha, mendapat mata sebanyak 38248 dalam aplikasi benchmark AnTuTu (aplikasi penanda aras peranti pintar).

Jumlah mata itu melebihi mata yang dikumpul HTC One M8 dan Samsung Galaxy S5.

Jika dilihat dari luarannya, butiran Samsung Galaxy Alpha sememangnya mempunyai sedikit persamaan dengan Galaxy S5, termasuk dari segi rekabentuk, skrin kacanya kecuali kerangka tepinya yang berasaskan logam aluminium.

Walaupun pada mulanya dikhabarkan mengguna pemproses Exynos 5433, namun laporan terbaru mengatakan ia akan dilengkapi pemproses octa-core 1.8GHz Exynos 5 Octa yang disokong dengan 2GB RAM dan GPU hexa-core Mali-T628.

Flagship terbaru Samsung ini juga merupakan telefon pintar Samsung pertama yang menyokong nano-SIM.



No comments:

Post a Comment