HOME LIFESTYLE SHARE PROPERTY HOTNEWS ARTIST HEADNEWS SATELLITE PROJECT CARS OIL COMMODITY REPORTS PHOTOGRAPHER QUOTE LOVESTORY RECIPES KITCHEN MIXSALE PHONE GUFFAW SPIRITUAL FLICKS

TRANSLATE

Saturday, August 30, 2014

JAM TANGAN PINTAR KELUARAN TERBARU ASUS


Nampaknya pada tahun ini bukan sahaja ‘perang’ arena telefon pintar, kini jam tangan pintar pula masuk ke gelanggang.Lihat saja Samsung, mereka telah mengeluarkan lima jenis jam tangan pintarnya termasuk yang terbaru Samsung Gear S.

Terkini, pihak Asus melalui halaman Facebook mereka turut sama telah menerbitkan beberapa gambar baru bagi memperkenalkan jam tangan pintar Android Wear pada acara IFA 2014 yang akan datang.

Untuk memberi gambaran tentang jam tangan Asus yang dikatakan paling mampu milik itu, syarikat itu telah mendedahkan beberapa gambar lakaran kasar rekabentuknya.

Walaupun banyak pengeluar lain seperti LG baru menyedari kelebihan rekabentuk bulat yang diketengahkan Moto 360, Asus telah memilih untuk mengendahkan trend tersebut dan tampil dengan rekabentuk bersegi dengan bucu melengkung.

Pihak Asus dilihat akan menggunakan skrin berbentuk segi-empat dengan bahagian bucu yang sedikit membulat. Disamping itu, ia turut mungkin akan menyertakan rekaan yang agak premium berbanding beberapa jam tangan lain.

Asus sebelum ini telah menyatakan sokongan untuk Android Wear, dan jam tangan pintar yang bakal diumumkan mereka di IFA 2014 kelak mungkin berasaskan kepadanya.

Ia kelihatan lebih menarik berbanding LG G Watch yang berbentuk segiempat, namun sukar untuk membuat penilaian muktamad mengenai rekabentuknya berdasarkan lakaran-lakaran ini.


No comments:

Post a Comment