LG telah mengesahkan sebuah jam tangan pintar terbarunya yang akan dilancarkan pada acara IFA 2014 yang dikenali dengan kod namanya ‘R’.
Diakui, reka bentuk jam pintar keluar LG, Watch R boleh dikatakan lebih kelakian berbanding keluaran sebelumnya, LG G Watch.
LG G Watch R ini hadir dengan skrin bulan 1.-inci Plastik OLED, dan hadir dengan sokongan kalis air, serta tali strap yang boleh digantikan.
Disamping itu, peranti ini turut menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 1.2GHz, memori sebanyak 512MB RAM dan juga ruangan storan sebesar 4GB.
Sokongan sensor untuk memantau denyutan jantung hadir pada peranti ini, selain beberapa ciri-ciri memfokuskan kecergasan.
Secara kasarnya ia membawakan bentuk jam tangan harian pemakai, disamping butang kuasa yang dilihat hadir dalam bentuk seumpama tombol kawalan masa yang kita lihat pada jam tangan biasa.
Buat masa ini, harga jualannya tidak diumumkan lagi, dan pihak LG menyasarkan untuk memasarkannya sekitar Oktober atau November kelak.
No comments:
Post a Comment