HOME LIFESTYLE SHARE PROPERTY HOTNEWS ARTIST HEADNEWS SATELLITE PROJECT CARS OIL COMMODITY REPORTS PHOTOGRAPHER QUOTE LOVESTORY RECIPES KITCHEN MIXSALE PHONE GUFFAW SPIRITUAL FLICKS

TRANSLATE

Saturday, August 23, 2014

SHARP AQUOS CRYSTAL: KESENIAN SEBUAH PERANTI PINTAR


Jika dilihat daripada idea pengeluar telefon pintar daripada USA dan Jepun, anda mungkin mendapati kebanyakkan peranti pintar daripada barat lebih menekankan prestasi telefon pintar berbanding kesenian peranti.

Berbeza dengan negara matahari terbit ini, sejak dari dahulu lagi mereka memfokuskan pada penampilan yang mempunyai elemen peranti yang bergaya, lihat saja peranti contohnya daripada Sony, agak menarik bukan bentuknya.

Memperkenalkan Sharp Aquos Crystal.

Sharp Aquos Crystal merupakan sebuah telefon pintar berspesifikasi pertengahan yang akan dijual di pasaran US buat masa ini pada harga USD 240 (RM740), namun walaupun harganya rendah, itu bukan tarikan utamanya.

Tarikan utamanya adalah skrin tanpa bingkai 5 inci 720p yang dilengkapkan padanya.

Secara jujur, ia mempunyai sedikit bingkai yang kelihatan namun secara umumnya ia kelihatan hampir tiada bingkai padanya.


 



Peranti ini tampak sangat ‘cool’ namun ada beberapa persoalan yang timbul seperti, di manakah speaker yang biasanya terletak di bahagian atas? Sharp mengatakan peranti ini menggunakan penerima gelombang langsung yang menggetarkan skrin pada telinga untuk memindahkan bunyi.

Bahagian kamera hadapan 2MP diletakkan di bahagian bawah telefon pintar, jadi mengambilan imej selfie contohnya akan sedikit berbeza daripada kebanyakan telefon pintar yang lain.

Melengkapkan peranti ini adalah cip pemprosesan Snapdragon 400, 1.5GB RAM dan ruang storan 8GB dengan sokongan slot kad micro SD, berkamera 8MP dan dilengkapi LTE.

Buat masa ini tidak diketahui lagi tarikh rasmi penjualanya di pasaran Malaysia, berkemungkinan pada bulan September tahun ini.

No comments:

Post a Comment